Friday, October 15, 2010
**::Terima Kasih Semua ::**
Sepanjang saya berkongsi maklumat dengan pengunjung blog saya, saya belum kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda. Oleh yang demikian, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog saya diatas kesudian anda membaca maklumat yang saya ingin kongsi bersama anda. Terima kasih juga kepada semua penggunjung blog saya yang memberi komen, semoga komen-komen anda dapat membantu saya dan pengunjung-pengunjung yang lain menambahkan ilmu pengetahuan kami
Sepanjang saya menulis blog nie, pelbagai ilmu saya perolehi secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih juga ingin saya tujukan kepada pensyarah saya iaitu Tn.Hj. Nazri kerana telah banyak membantu dan meningkatkan ilmu ICT terutamanya mengenai isu-isu terkini yang melibatkan IT. Banyak perkara yang telah dikongsi bersama-sama dengan Tn.Hj serta dengan rakan-rakan yang lain dalam perkara yang berkaitan dengan teknologi terkini serta cara-cara untuk atasi masalah teknologi ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan sekuliah dengan saya, terima kasih diucapkan, semoga kita semua dapat meneruskan penulisan didalam blog masing-masing.
Didalam blog ini, saya banyak menceritakan tentang pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran dalam jaringan sosial pada masa kini. Pada pandangan saya secara peribadi, adalah wajar kita teruskan dan tingkatkan usaha agar kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara online berterusan sampai bila-bila. Segala kekangan yang dihadapi diharapkan dapat diatasi dalam masa yang singkat.
Walaupun kaedah P&P dalam jaringan sosial masih belum mendapat sambutan yang hangat di kalangan pelajar sekolah, diharapkan agar ada pihak yang memandang serius akan isu ini kerana saya percaya pelajar boleh mengembangkan bakat mereka serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam keadaan yang menyeronokkan. Bagi saya, P&P dalam talian amat bagus direalisasikan secara meluas di sekolah-sekolah di Malaysia.
**::Apa itu SEO::**
Bertemu lagi kita di dalam perbincangan terbaru iaitu "APA ITU SEO"? mula-mula saya dengar ayat ni dari pensyarah saya, saya kata dalam hati " apa benda la SEO nie..hehehe". tanpa melengahkan masa, saya terus cari makna SEO ini dalam internet.
Apa yang saya faham "SEO" adalah singkatan untuk Search Engine Optimization. SEO adalah proses meningkatkan kelihatan laman web di mesin carian (search engine) melalui hasil pencarian tak-berbayar ( un-paid search result).Memudahkan pengguna mencari sesuatu perkara dengan cepat.
SEO adalah sejenis perkhidmatan yang boleh membantu pengguna sekiranya pengguna ingin mempromosikan syarikat, menjual produk, menyediakan perkhidmatan melalui internet. Sebagai pengguna kita perlu memilih SEO yang betul-betul boleh membantu kita.
Thursday, September 30, 2010
**::Kepelbagaian Penggunaan Jaringan Sosial::**
Pada kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman dan pandangan saya terhadap jaringan sosial (social network) khususnya jaringan sosial yang popular pada masa kini iaitu Facebook. Saya pasti ramai orang sudah memiliki facebook sebagai satu platform perhubungan antara rakan-rakan, saudara-mara dan ahli keluarga. Selain daripada itu, facebook digunakan untuk mencari kenalan baru, rakan niaga dan tempat perniagaan yang tidak memerlukan tapak perniagaan.
Saya sebagai pendidiakan telah menggunakan facebook untuk memberi maklumat kepada palajar saya mengenai maklumat terkini yang berkaitan dengan sekolah. Selain daripada itu, saya juga memilih facebook untuk menyampaikan nota-nota atau bahan-bahan penting untuk diberikan kepada pelajar saya sebagai bahan bacaan tambahan. saya telah menaik muatkan (upload) bahan-bahan atau laman web yang boleh membantu pelajar saya membuat ulangkaji pelajaran mereka di rumah atau dimana sahaja.
Ada juga pelajar saya meminta bantuan saya bagaimana mereka boleh mencari maklumat yang diperlukan oleh mereka untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Selain daripada itu, pelajar saya juga meminta pandangan saya mengenai sesuatu perkara yang mereka memerlukan penjelasan daripada saya. Mereka menggunakan kemudahan pesanan (message) inbox yang disediakan oleh facebook.
Dengan adanya kemudahan ini, saya meluangkan masa saya di rumah dengan melayari internet bersama-sama pelajar saya secara maya tanpa bersua muka. Kekangan masa yang dihadapi oleh saya dan pelajar saya di sekolah dapat diselesaikan dengan baik dengan adanya jaringan sosial facebook ini. Selain dripada itu, hubungan saya dengan pelaar juga bertambah rapat dan mereka menyenangi dengan kaedah ini.
Saya berharap dengan adanya jaringan sosial ini, pembelajaran dapat dijalankan dengan baik, pelajar bertambah maju dan cerdik menggunakan peluang yang ada untuk menambahkan pengetahuan mereka didalam bidang pendidikan dan mahir menggunakan teknologi yang sedia ada.
**:: Kemahiran Penggunaan Internet ::**
Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakan protokol rangkaian atau bahasa rangkaian yang dikenali sebagai TCP/IP (Transmissiom Control/Internet Protocol). Pada masa kini, di Malaysia penggunaan internet mendapat sambutan yang sangat baik dari semua golongan sama ada dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.
Di dalam blog ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya terhadap penggunaan internet yang telah dijalankan bersama-sama pelajar saya. Saya mengajar sekolah kawasan luar bandar dan mengajar subjek ITCL. 98% pelajar tahu apa itu internet, tetapi mereka masih kurang mahir mengendalikan pelayaran internet. Contohnya, anggaran 50% daripada 30 orang pelajar, mereka masih tidak tahu bagaimana hendak mencari maklumat di dalam internet iaitu di dalam enjin carian (search engine). mereka tidak tahu makna enjin carian, tetapi apabila saya menyebut yahoo dan google, mereka memahaminya. manakala 30 % masih tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan bahan maklumat yang dicari untuk dimasukkan ke dalam perisian lain contohnya di dalam microsoft word. Mereka masih kurang mahir menggunakan kaedah 'copy' dan 'paste'. selebihnya, pelajar saya ada kemahiran menggunakan internet kerana mereka selalu menggunakan internet di rumah dan selalu dibantu oleh ahli keluarga mereka terutamanya abang dan kakak mereka.
Pada pandangan saya, semua pelajar saya boleh mahir menggunakan komputer sekiranya mereka diberi peluang dan masa yang banyak untuk melayari internet di sekolah dan guru memberi tugasan yang melibatkan penggunaan komputer dan internet. Selain daripada itu, pelajar juga perlu dipupuk supaya mereka minat menggunakan komputer untuk mencari bahan bacaan tambahan selain daripada buku teks yang dibekalkan oleh pihak sekolah.
Monday, August 23, 2010
**:: Pembelajaran Dalam Talian ::**
Sunday, August 22, 2010
** :: FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENDIDIKAN ::**
** :: FAKTOR-FAKTOR PENDUKUNG IT DALAM PENDIDIKAN ::**
SUMBER DASAR MANUSIA
Menuntut ketersediaan pemikiran manusia (human brain) yang menguasai teknologi tinggi.
KEBAJIKAN
Menuntut adanya dasar berskala makro dan mikro yang berpihak pada pengembangan teknologi maklumat jangka panjang.
KEWANGAN
Memerlukan adanya sikap positif dari bank dan institusi kewangan lain untuk menyokong industri teknologi maklumat.
KANDUNGAN DAN APLIKASI
Menuntut adanya maklumat yang sampai pada orang,tempat, dan waktu yang tepat serta ketersediaan aplikasi untuk menyampaikan kandungan tersebut dengan selesa pada penggunanya
Perkembangan Teknologi Maklumat memacu suatu cara baru dalam kehidupan, dari kehidupan dimulai sampai dengan berakhir, kehidupan seperti ini dikenal dengan e-kehidupan (e-life), ertinya kehidupan ini sudah dipengaruhi oleh berbagai keperluan secara elektronik. Dan sekarang ini sedang semarak dengan berbagai huruf yang bermula dengan awalan e seperti e-dagang, e-goverment, e-education, e-library, e-journal, e-medicine dan yang lainnya lagi yang berpusat elektronik (Mason R. 1994)
Bishop G. (1989) meramalkan bahawa pendidikan masa datang akan bersifat bebas (flexible), terbuka dan boleh diakses oleh sesiapapun juga yang memerlukan tanpa pandang faktor jenis,usia, mahupun pengalaman pendidikan sebelumnya. Mason R (1994) berpendapat bahawa pendidikan seterusnya akan lebih maklumat interaktif.
Monday, August 9, 2010
**:: Education 3.0 ::**
- Teknologi :
Monday, August 2, 2010
** :: JARINGAN SOSIAL :: **
Dengan hanya membaca perkataan jaringan sosial, saya pasti ramai yang sudah tahu secara ringkas makna jaringan social.
Pada pandangan saya, jaringan sosial boleh dikatakan satu rangkaian perhubungan yang boleh dikaitkan dengan pelbagai golongan.
Jaringan sosial pada masa kini amat penting kerana orang yang memiliki jaringan sosial mempunyai kepentingan bersama untuk berkomunikasi satu sama lain. Jaringan sosial bukan hanya melibatkan individu sahaja tetapi juga melibatkan sekumpulan komuniti dan organisasi. Jaringan sosial juga boleh didapati di sekolah dan tempat kerja. Jaringan sosial yang sangat popular pada masa kini adalah jaringan sosial yang melibatkan internet.
Didalam jaringan sosial berinternet, kital boleh berbicara pelbagai cerita atau hal lainnya dan kita juga dapat melihat profil anggota lain yang tergabung dalam jaringan sosial tersebut. Itu dapat berupa agama, politik, kegemaran dan lain-lain. Jaringan sosial juga kita boleh gunakan untuk menambah kenalan baru.
Antara jaringan sosial melalui internet yang popular ialah facebook, twitter, myspace, friendster, msn dan lain-lain lagi.
Penggunaan jaringan sosial (social network) pada masa kini amat berkembang dengan pantas. Pelbagai kegunaan yang boleh didapati melalui jaringan sosial ini. Antara yang paling kerap digunakan adalah konsep berkomunikasi.
Wednesday, July 14, 2010
**:: ISU PENGGUNAAN KOMPUTER ::**
Pelaksanaan penggunaan komputer dalam pengajaran turut didatangi dengan pelbagai isu. Antara faktor-faktor isu yang sering diperkatakan adalah seperti berikut :-
A. FAKTOR GURU
i)Persepsi guru terhadap kepentingan komputer
- Walaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensional relevan dengan sistem peperiksaan. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan.
ii) Kerisauan untuk menghadapai perubahan
- Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu:-
1. Risau sekiranya rosak apabila menggunaka peralatan tersebut.
2. Risau kerana merasakan mereka tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi.
3. Risau sekiranya disuruh oleh sekolah untuk melakukan semua kerja kerana mahir dalam penggunaan komputer
iii) Masa dan beban tugas guru
- Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya. Persediakan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar serta setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan mengajar dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi setiausaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan sebagainya. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang mantap jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri dalam pengajaran.
B. FAKTOR SEKOLAH
Peranan dan sikap pengetua
- Sikap pihak pengurusan sekolah (pengetua/guru besar,penolong kanan) adalah kritikal terhadap pembentukan dasar dan amalam diperingkat sekolah. Mereka adalah penggerak yang boleh memotivasikan setiap guru supaya menpunyai misi dan objektif yang sama untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akan keperluan masa hadapan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.