Thursday, September 30, 2010

**:: Kemahiran Penggunaan Internet ::**

Salam 1 Malaysia,

Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakan protokol rangkaian atau bahasa rangkaian yang dikenali sebagai TCP/IP (Transmissiom Control/Internet Protocol). Pada masa kini, di Malaysia penggunaan internet mendapat sambutan yang sangat baik dari semua golongan sama ada dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.

 Di dalam blog ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya terhadap penggunaan internet yang telah dijalankan bersama-sama pelajar saya. Saya mengajar sekolah kawasan luar bandar dan mengajar subjek ITCL. 98% pelajar tahu apa itu internet, tetapi mereka masih kurang mahir mengendalikan pelayaran internet. Contohnya, anggaran 50% daripada 30 orang pelajar, mereka masih tidak tahu bagaimana hendak mencari maklumat di dalam internet iaitu di dalam enjin carian (search engine). mereka tidak tahu makna enjin carian, tetapi apabila saya menyebut yahoo dan google, mereka memahaminya. manakala 30 % masih tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan bahan maklumat yang dicari untuk dimasukkan ke dalam perisian lain contohnya di dalam microsoft word. Mereka masih kurang mahir menggunakan kaedah 'copy' dan 'paste'. selebihnya, pelajar saya ada kemahiran menggunakan internet kerana mereka selalu menggunakan internet di rumah dan selalu dibantu oleh ahli keluarga mereka terutamanya abang dan kakak mereka.

Pada pandangan saya, semua pelajar saya boleh mahir menggunakan komputer sekiranya mereka diberi peluang dan masa yang banyak untuk melayari internet di sekolah dan guru memberi tugasan yang melibatkan penggunaan komputer dan internet. Selain daripada itu, pelajar juga perlu dipupuk supaya mereka minat menggunakan komputer untuk mencari bahan bacaan tambahan selain daripada buku teks yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment