Thursday, September 30, 2010

**::Kepelbagaian Penggunaan Jaringan Sosial::**

Salam Muhibah dan Salam 1 Malaysia

Pada kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman dan pandangan saya terhadap jaringan sosial (social network) khususnya jaringan sosial yang popular pada masa kini iaitu Facebook. Saya pasti ramai orang sudah memiliki facebook sebagai satu platform perhubungan antara rakan-rakan, saudara-mara dan ahli keluarga. Selain daripada itu, facebook digunakan untuk mencari kenalan baru, rakan niaga dan tempat perniagaan yang tidak memerlukan tapak perniagaan.

Saya sebagai pendidiakan telah menggunakan facebook untuk memberi maklumat kepada palajar saya mengenai maklumat terkini yang berkaitan dengan sekolah. Selain daripada itu, saya juga memilih facebook untuk menyampaikan nota-nota atau bahan-bahan penting untuk diberikan kepada pelajar saya sebagai bahan bacaan tambahan. saya telah menaik muatkan (upload) bahan-bahan atau laman web yang boleh membantu pelajar saya membuat ulangkaji pelajaran mereka di rumah atau dimana sahaja.

Ada juga pelajar saya meminta bantuan saya bagaimana mereka boleh mencari maklumat yang diperlukan oleh mereka untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Selain daripada itu, pelajar saya juga meminta pandangan saya mengenai sesuatu perkara yang mereka memerlukan penjelasan daripada saya. Mereka menggunakan kemudahan pesanan (message) inbox yang disediakan oleh facebook.

Dengan adanya kemudahan ini, saya meluangkan masa saya di rumah dengan melayari internet bersama-sama pelajar saya secara maya tanpa bersua muka. Kekangan masa yang dihadapi oleh saya dan pelajar saya di sekolah dapat diselesaikan dengan baik dengan adanya jaringan sosial facebook ini. Selain dripada itu, hubungan saya dengan pelaar juga bertambah rapat dan mereka menyenangi dengan kaedah ini.

Saya berharap dengan adanya jaringan sosial ini, pembelajaran dapat dijalankan dengan baik, pelajar bertambah maju dan cerdik menggunakan peluang yang ada untuk menambahkan pengetahuan mereka didalam bidang pendidikan dan mahir menggunakan teknologi yang sedia ada.

**:: Kemahiran Penggunaan Internet ::**

Salam 1 Malaysia,

Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakan protokol rangkaian atau bahasa rangkaian yang dikenali sebagai TCP/IP (Transmissiom Control/Internet Protocol). Pada masa kini, di Malaysia penggunaan internet mendapat sambutan yang sangat baik dari semua golongan sama ada dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.

 Di dalam blog ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya terhadap penggunaan internet yang telah dijalankan bersama-sama pelajar saya. Saya mengajar sekolah kawasan luar bandar dan mengajar subjek ITCL. 98% pelajar tahu apa itu internet, tetapi mereka masih kurang mahir mengendalikan pelayaran internet. Contohnya, anggaran 50% daripada 30 orang pelajar, mereka masih tidak tahu bagaimana hendak mencari maklumat di dalam internet iaitu di dalam enjin carian (search engine). mereka tidak tahu makna enjin carian, tetapi apabila saya menyebut yahoo dan google, mereka memahaminya. manakala 30 % masih tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan bahan maklumat yang dicari untuk dimasukkan ke dalam perisian lain contohnya di dalam microsoft word. Mereka masih kurang mahir menggunakan kaedah 'copy' dan 'paste'. selebihnya, pelajar saya ada kemahiran menggunakan internet kerana mereka selalu menggunakan internet di rumah dan selalu dibantu oleh ahli keluarga mereka terutamanya abang dan kakak mereka.

Pada pandangan saya, semua pelajar saya boleh mahir menggunakan komputer sekiranya mereka diberi peluang dan masa yang banyak untuk melayari internet di sekolah dan guru memberi tugasan yang melibatkan penggunaan komputer dan internet. Selain daripada itu, pelajar juga perlu dipupuk supaya mereka minat menggunakan komputer untuk mencari bahan bacaan tambahan selain daripada buku teks yang dibekalkan oleh pihak sekolah.