Asalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Baru-baru ini, saya telah mengikuti satu pembelajaran yang sangat menarik iaitu mengikuti kelas dalam talian. Maksud saya disini adalah saya bersama rakan-rakan pengajian serta seorang pensyarah iaitu Tn.Hj Nazri telah mengadakan kuliah di dalam talian tanpa perlu hadir ke tempat pengajian. Kami boleh mengikuti kuliah ini dimana-mana sahaja asalkan kami boleh pengekses internet dengan baik walaupun ada yang menggunakan perkhidmatan broadband.
Kaedah teknologi yang digunakan semasa mengikuti kelas ini adalah aplikasi Dimdim Webinar.Pensyarah telah perkenalkan penggunaan Dimdim ini seawal kuliah bagi kursus MTM6053. Saya rasa, antara yang terbaik untuk memenuhi keperluan pendidikan adalah dengan hosting sebuah Webinar. Ia adalah sebuat alat yang baik membolehkan pensyarah dan pelajar untuk terlibat dengan audio dan video.
Dimdim adalah aplikasi yang berasaskan web untuk membolehkan pengguna membuat persembahan interaktif yang boleh meletakkan gambar, dokumen,laman web dan fungsinya dibina seperti papan tulis. Selain daripada berkemampuan persembahan kandungan, Dimdim juga boleh membolehkan pengguna bersembang (berchatting), mencatat pertemuan mereka, membuat catatan pada kandungan isi dan dapat mengawal atau berkongsi kawalan para persembah (presenter) dengan mengklik tetikus.Dimdim juga menyediakan perkhidmatan web conferen melalui webcam. Sepanjang persembahan pelajar boleh melihat para persembah (presenter) melalui dimdim webcam dan melihat instruktur (instructor) mereka bersama antara satu sama lain.
Pada pendapat saya, pembelajaran dalam talian adalah sangat baik dilaksanakan seiring dengan peredaran teknologi masa kini.Namun begitu, sepanjang saya mengikuti pembelajaran secara talian dengan rakan-rakan dan pensyarah, saya dapati kami menghadapi pelbagai kekangan tetapi kami tidak mudah putus asa untuk menggunakan teknologi sebagai asas pembelajaran. Kekangan ini perlu dibaikpulih atau dinaiktarafkan talian di Malaysia agar pembelajaran secara talian berjalan dengan lancar. Kekangan pertama adalah kelajuan mengekses internet. Perkhidmatan internet seringkali mengganggu pembelajaran kelas kami terutamanya kepada rakan-rakan yang menggunakan broadband. Pihak telekomunikasi di Malaysia perlu memandang serius masalah ini agar pembelajaran secara online berjalan dengan lancar, tambahan pula penggunaan perkhidmatan broadband mendapat sambutan hangat di Malaysia. Selain daripada itu, kekangan kedua adalah pengetahuan penggunaan alatan seperti webcam dan mikrofon. Ada juga diantara kami terpaksa membeli mikrofon baru agar pembelajaran berjalan dengan lancar. Kekangan ketiga, penggunaan aplikasi dimdim itu sendiri adalah antara kekangan kami kerana kami kurang terdedah dengan penggunaan aplikasi Dimdim Webinar ini. Boleh dikatakan rata-rata daripada kami pertama kali menggunakan aplikasi Dimdim ini.Kurangnya pengetahuan penggunaan aplikasi ini juga menyebabkan pembelajaran kami tidak berjalan dengan lancar. Contohnya, dalam dimdim kami boleh menaip pada paparan (slide) yang sedang dibincangkan tetapi kami tidak menggunakannya kerana kurang pengetahuan tentang aplikasi ini. Tetapi berkat tunjuk ajar daripada pensyarah, usaha dan minat yang tinggi terhadap pengunaan teknologi ini, maka kami dapat mengatasi masalah ini dengan baik.
Akhir sekali, pada pandangan saya pembelajaran dalam talian sangat bagus dijalankan dan diteruskan untuk masa hadapan bagi peringkat sekolah, Institut Pengajian tinggi, badan-badan kerajaan mahupun swasta agar rakyat Malaysia dapat manfaatkan kecanggihan teknologi masa kini dengan baik.Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada rakan-rakan saya kerana kita telah berjaya menggunakan aplikasi ini dan manfaatkan teknologi yang disediakan dengan baik. Tidak lupa ucapan TERIMA KASIH kepada pensyarah saya iaitu Tn Hj Nazri kerana telah banyak memberi penerangan , membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menjayakan pembelajaran dalam talian.
" PEMBELAJARAN SEPANJANG ZAMAN"
Sekian Terima kasih.
salam...bleh letak sumber rujukan tak??sy nk ambik sumber ni utk bahan asgmn.
ReplyDelete