Wednesday, July 14, 2010

**:: ISU PENGGUNAAN KOMPUTER ::**

Salam sejahtera, saya ingin berkongsi ilmu mengenai penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai satu perubahan dalam pendidikan di mana perubahan ini merupakan satu perkara baru kepada pendidik.

Pelaksanaan penggunaan komputer dalam pengajaran turut didatangi dengan pelbagai isu. Antara faktor-faktor isu yang sering diperkatakan adalah seperti berikut :-

A. FAKTOR GURU
i)Persepsi guru terhadap kepentingan komputer
- Walaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensional relevan dengan sistem peperiksaan. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan.

ii) Kerisauan untuk menghadapai perubahan
- Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu:-
1. Risau sekiranya rosak apabila menggunaka peralatan tersebut.
2. Risau kerana merasakan mereka tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi.
3. Risau sekiranya disuruh oleh sekolah untuk melakukan semua kerja kerana mahir dalam penggunaan komputer

iii) Masa dan beban tugas guru
- Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya. Persediakan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar serta setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan mengajar dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi setiausaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan sebagainya. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang mantap jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri dalam pengajaran.

B. FAKTOR SEKOLAH
Peranan dan sikap pengetua
- Sikap pihak pengurusan sekolah (pengetua/guru besar,penolong kanan) adalah kritikal terhadap pembentukan dasar dan amalam diperingkat sekolah. Mereka adalah penggerak yang boleh memotivasikan setiap guru supaya menpunyai misi dan objektif yang sama untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akan keperluan masa hadapan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.

2 comments:

  1. kepada pengunjung : sila beri komen anda ye..tq

    ReplyDelete
  2. salam...sedikit comment ttg isu ini:
    mg sy mnyokong teknologi dalam pendidikan hari ini telah meluas..terutama pljar di bandar..tak dinafikan bnyk kebaikan yg diperoleh..namun bg guru muda atau yg terdedah dengan ilmu ini akan mengaplikasikan pembelajarn bercirikan teknologi.tetapi bg mereka yg masih berpegang tguh kpd talk n chalk..agk payah mengubah paradigma itu..kenalah berusaha menonjolkan kmudahan tknologi secara sedikit2 demi sedikit yag diharapkan akhirnya akan diterima dan menjadi budaya sekolah...pihak pentadbir juga perlu main peranan...jika tidak usaha guru tadi akan lbh lambat mendapatkan hasil..sokongan dari segi kewangan, peralatan, line internet, penyelenggaraan sangat2 diperlikan bagi memastikan usaha membudayakan ict di sekolah supaya berjaya...apa yang diharapkan..jangan mengala..teruskan usaha.jadikan ICT lebih ke arah kebaikan dan bukan disalahgunakan..dama2lah cari masa terluang untuk ke arah pemudayaan ICT dlam PNP.meeang rumit pada walnya tp akhirnya memudahkan kerja..
    sekian..

    ReplyDelete