Friday, October 15, 2010

**::Terima Kasih Semua ::**

Salam 1 Malaysia,

Sepanjang saya berkongsi maklumat dengan pengunjung blog saya, saya belum kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda. Oleh yang demikian, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog saya diatas kesudian anda membaca maklumat yang saya ingin kongsi bersama anda. Terima kasih juga kepada semua penggunjung blog saya yang memberi komen, semoga komen-komen anda dapat membantu saya dan pengunjung-pengunjung yang lain menambahkan ilmu pengetahuan kami

Sepanjang saya menulis blog nie, pelbagai ilmu saya perolehi secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih juga ingin saya tujukan kepada pensyarah saya iaitu Tn.Hj. Nazri kerana telah banyak membantu dan meningkatkan ilmu ICT terutamanya mengenai isu-isu terkini yang melibatkan IT. Banyak perkara yang telah dikongsi bersama-sama dengan Tn.Hj serta dengan rakan-rakan yang lain dalam perkara yang berkaitan dengan teknologi terkini serta cara-cara untuk  atasi masalah teknologi ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan sekuliah dengan saya, terima kasih diucapkan, semoga kita semua dapat meneruskan penulisan didalam blog masing-masing.

Didalam blog ini, saya banyak menceritakan tentang pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran dalam jaringan sosial pada masa kini. Pada pandangan saya secara peribadi, adalah wajar kita teruskan dan tingkatkan usaha agar kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara online berterusan sampai bila-bila. Segala kekangan yang dihadapi diharapkan dapat diatasi dalam masa yang singkat.

Walaupun kaedah P&P dalam jaringan sosial masih belum mendapat sambutan yang hangat di kalangan pelajar sekolah, diharapkan agar ada pihak yang memandang serius akan isu ini kerana saya percaya pelajar boleh mengembangkan bakat mereka serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam keadaan yang menyeronokkan.  Bagi saya, P&P dalam talian amat bagus direalisasikan secara meluas di sekolah-sekolah di Malaysia.

 

3 comments:

  1. Terima kasih Suhana.

    Terima kasih diatas pandangan yang diberikan. Saya dengan rendah hati menerima pujian yang diberikan, tetapi jika anda ingat video yang saya paparkan diawal kelas kita, (refer http://www.makeadifferencemovie.com/ ).
    Saya yang sepatutnya berterima kasih kepada anda semua yang telah mengajar saya bagaimana untuk berkomunikasi dan menerima cabaran mengguna dim-dim dalam pengajaran.
    Sekalung tahniah kepada semua & selamat berjaya.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. saya sangat teruja menggunakan aplikasi baru (dim-dim) yang Tn.Hj kenalkan kepada kami. sekiranya pihak kerajaan dalam menyediakan aplikasi ini, saya rasa pelajar akan lebih berminat dalam pembelajaran ICT, disamping itu, ia dapat meninggkatkan modul pembelajaran ICT di peringkat sekolah.

    ReplyDelete