Monday, September 12, 2011

TABLE PC mengatasi LAPTOP 2012??

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Perkembangan penggunaan gadget (alat) teknologi masa kini sangat pesat berkembang. Tidak sampai setahun pelbagai gadget dikeluarkan oleh pelbagai syarikat teknologi untuk mengeluarkan gadget jenama masing-masing.

Terbaru adalah pengunaan gadget TABLE Personel Computer ( Table PC) menjadi perhatian pelbagai golongan termasuk golongan kanak-kanak. Sila rujuk maksud/huraian Table PC yang lengkap di laman web http://en.wikipedia.org/wiki/Tablet_personal_computer. Pelbagai jenama berada di pasaran antaranya Samsung Galaxy, ipad, Sony dan lain-lain lagi.

1.1 Table PC
1.2 Table PC
Memandangkan gadget ini mudah dibawa kemana-mana dan bersaiz kecil (7'', 8'' dan 10'') maka ia menarik minat orang ramai untuk memilikinya. Selain daripada itu, harga gadget ini juga berpatutan serta ciri-ciri yang disediakan didalam table pc ini amat sesuai dengan kehendak pengguna masa kini.


Maka dengan itu, tiada yang mustahil suatu hari nanti, gadget Table PC ini dapat mengalahkan peggunaan laptop di masa hadapan.

sekian, terima kasih

Friday, October 15, 2010

**::Terima Kasih Semua ::**

Salam 1 Malaysia,

Sepanjang saya berkongsi maklumat dengan pengunjung blog saya, saya belum kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda. Oleh yang demikian, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog saya diatas kesudian anda membaca maklumat yang saya ingin kongsi bersama anda. Terima kasih juga kepada semua penggunjung blog saya yang memberi komen, semoga komen-komen anda dapat membantu saya dan pengunjung-pengunjung yang lain menambahkan ilmu pengetahuan kami

Sepanjang saya menulis blog nie, pelbagai ilmu saya perolehi secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih juga ingin saya tujukan kepada pensyarah saya iaitu Tn.Hj. Nazri kerana telah banyak membantu dan meningkatkan ilmu ICT terutamanya mengenai isu-isu terkini yang melibatkan IT. Banyak perkara yang telah dikongsi bersama-sama dengan Tn.Hj serta dengan rakan-rakan yang lain dalam perkara yang berkaitan dengan teknologi terkini serta cara-cara untuk  atasi masalah teknologi ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan sekuliah dengan saya, terima kasih diucapkan, semoga kita semua dapat meneruskan penulisan didalam blog masing-masing.

Didalam blog ini, saya banyak menceritakan tentang pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran dalam jaringan sosial pada masa kini. Pada pandangan saya secara peribadi, adalah wajar kita teruskan dan tingkatkan usaha agar kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara online berterusan sampai bila-bila. Segala kekangan yang dihadapi diharapkan dapat diatasi dalam masa yang singkat.

Walaupun kaedah P&P dalam jaringan sosial masih belum mendapat sambutan yang hangat di kalangan pelajar sekolah, diharapkan agar ada pihak yang memandang serius akan isu ini kerana saya percaya pelajar boleh mengembangkan bakat mereka serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam keadaan yang menyeronokkan.  Bagi saya, P&P dalam talian amat bagus direalisasikan secara meluas di sekolah-sekolah di Malaysia.

 

**::Apa itu SEO::**

Salam
Bertemu lagi kita di dalam perbincangan terbaru iaitu "APA ITU SEO"? mula-mula saya dengar ayat ni dari pensyarah saya, saya kata dalam hati " apa benda la SEO nie..hehehe". tanpa melengahkan masa, saya terus cari makna SEO ini dalam internet.

Apa yang saya faham "SEO" adalah singkatan untuk Search Engine Optimization. SEO adalah proses meningkatkan kelihatan laman web di mesin carian (search engine) melalui hasil pencarian tak-berbayar ( un-paid search result).Memudahkan pengguna mencari sesuatu perkara dengan cepat.

SEO adalah sejenis perkhidmatan yang boleh membantu pengguna sekiranya pengguna ingin mempromosikan syarikat, menjual produk, menyediakan perkhidmatan melalui internet. Sebagai pengguna kita perlu memilih SEO yang betul-betul boleh membantu kita.

Thursday, September 30, 2010

**::Kepelbagaian Penggunaan Jaringan Sosial::**

Salam Muhibah dan Salam 1 Malaysia

Pada kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman dan pandangan saya terhadap jaringan sosial (social network) khususnya jaringan sosial yang popular pada masa kini iaitu Facebook. Saya pasti ramai orang sudah memiliki facebook sebagai satu platform perhubungan antara rakan-rakan, saudara-mara dan ahli keluarga. Selain daripada itu, facebook digunakan untuk mencari kenalan baru, rakan niaga dan tempat perniagaan yang tidak memerlukan tapak perniagaan.

Saya sebagai pendidiakan telah menggunakan facebook untuk memberi maklumat kepada palajar saya mengenai maklumat terkini yang berkaitan dengan sekolah. Selain daripada itu, saya juga memilih facebook untuk menyampaikan nota-nota atau bahan-bahan penting untuk diberikan kepada pelajar saya sebagai bahan bacaan tambahan. saya telah menaik muatkan (upload) bahan-bahan atau laman web yang boleh membantu pelajar saya membuat ulangkaji pelajaran mereka di rumah atau dimana sahaja.

Ada juga pelajar saya meminta bantuan saya bagaimana mereka boleh mencari maklumat yang diperlukan oleh mereka untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Selain daripada itu, pelajar saya juga meminta pandangan saya mengenai sesuatu perkara yang mereka memerlukan penjelasan daripada saya. Mereka menggunakan kemudahan pesanan (message) inbox yang disediakan oleh facebook.

Dengan adanya kemudahan ini, saya meluangkan masa saya di rumah dengan melayari internet bersama-sama pelajar saya secara maya tanpa bersua muka. Kekangan masa yang dihadapi oleh saya dan pelajar saya di sekolah dapat diselesaikan dengan baik dengan adanya jaringan sosial facebook ini. Selain dripada itu, hubungan saya dengan pelaar juga bertambah rapat dan mereka menyenangi dengan kaedah ini.

Saya berharap dengan adanya jaringan sosial ini, pembelajaran dapat dijalankan dengan baik, pelajar bertambah maju dan cerdik menggunakan peluang yang ada untuk menambahkan pengetahuan mereka didalam bidang pendidikan dan mahir menggunakan teknologi yang sedia ada.

**:: Kemahiran Penggunaan Internet ::**

Salam 1 Malaysia,

Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakan protokol rangkaian atau bahasa rangkaian yang dikenali sebagai TCP/IP (Transmissiom Control/Internet Protocol). Pada masa kini, di Malaysia penggunaan internet mendapat sambutan yang sangat baik dari semua golongan sama ada dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.

 Di dalam blog ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya terhadap penggunaan internet yang telah dijalankan bersama-sama pelajar saya. Saya mengajar sekolah kawasan luar bandar dan mengajar subjek ITCL. 98% pelajar tahu apa itu internet, tetapi mereka masih kurang mahir mengendalikan pelayaran internet. Contohnya, anggaran 50% daripada 30 orang pelajar, mereka masih tidak tahu bagaimana hendak mencari maklumat di dalam internet iaitu di dalam enjin carian (search engine). mereka tidak tahu makna enjin carian, tetapi apabila saya menyebut yahoo dan google, mereka memahaminya. manakala 30 % masih tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan bahan maklumat yang dicari untuk dimasukkan ke dalam perisian lain contohnya di dalam microsoft word. Mereka masih kurang mahir menggunakan kaedah 'copy' dan 'paste'. selebihnya, pelajar saya ada kemahiran menggunakan internet kerana mereka selalu menggunakan internet di rumah dan selalu dibantu oleh ahli keluarga mereka terutamanya abang dan kakak mereka.

Pada pandangan saya, semua pelajar saya boleh mahir menggunakan komputer sekiranya mereka diberi peluang dan masa yang banyak untuk melayari internet di sekolah dan guru memberi tugasan yang melibatkan penggunaan komputer dan internet. Selain daripada itu, pelajar juga perlu dipupuk supaya mereka minat menggunakan komputer untuk mencari bahan bacaan tambahan selain daripada buku teks yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

Monday, August 23, 2010

**:: Pembelajaran Dalam Talian ::**

Asalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Baru-baru ini, saya telah mengikuti satu pembelajaran yang sangat menarik iaitu mengikuti kelas dalam talian. Maksud saya disini adalah saya bersama rakan-rakan pengajian serta seorang pensyarah iaitu Tn.Hj Nazri telah mengadakan kuliah di dalam talian tanpa perlu hadir ke tempat pengajian. Kami boleh mengikuti kuliah ini dimana-mana sahaja asalkan kami boleh pengekses internet dengan baik walaupun ada yang menggunakan perkhidmatan broadband.

Kaedah teknologi yang digunakan semasa mengikuti kelas ini adalah aplikasi Dimdim Webinar.Pensyarah telah perkenalkan penggunaan Dimdim ini seawal kuliah bagi kursus MTM6053. Saya rasa, antara yang terbaik untuk memenuhi keperluan pendidikan adalah dengan hosting sebuah Webinar. Ia adalah sebuat alat yang baik membolehkan pensyarah dan pelajar untuk terlibat dengan audio dan video. 

Dimdim adalah aplikasi yang berasaskan web untuk membolehkan pengguna membuat persembahan interaktif yang boleh meletakkan gambar, dokumen,laman web dan fungsinya dibina seperti papan tulis. Selain daripada berkemampuan persembahan kandungan, Dimdim juga boleh membolehkan pengguna bersembang (berchatting), mencatat pertemuan mereka, membuat catatan pada kandungan isi dan dapat mengawal atau berkongsi kawalan para persembah (presenter) dengan mengklik tetikus.Dimdim juga menyediakan perkhidmatan web conferen melalui webcam. Sepanjang persembahan pelajar boleh melihat para persembah (presenter) melalui dimdim webcam dan melihat instruktur (instructor) mereka bersama antara satu sama lain.

Pada pendapat saya, pembelajaran dalam talian adalah sangat baik dilaksanakan seiring dengan peredaran teknologi masa kini.Namun begitu, sepanjang saya mengikuti pembelajaran secara talian dengan rakan-rakan dan pensyarah, saya dapati kami menghadapi pelbagai kekangan tetapi kami tidak mudah putus asa untuk menggunakan teknologi sebagai asas pembelajaran. Kekangan ini perlu dibaikpulih atau dinaiktarafkan talian di Malaysia agar pembelajaran secara talian berjalan dengan lancar. Kekangan pertama adalah kelajuan mengekses internet. Perkhidmatan internet seringkali mengganggu pembelajaran kelas kami terutamanya kepada rakan-rakan yang menggunakan broadband. Pihak telekomunikasi di Malaysia perlu memandang serius masalah ini agar pembelajaran secara online berjalan dengan lancar, tambahan pula penggunaan perkhidmatan broadband mendapat sambutan hangat di Malaysia. Selain daripada itu, kekangan kedua adalah pengetahuan penggunaan alatan seperti webcam dan mikrofon. Ada juga diantara kami terpaksa membeli mikrofon baru agar pembelajaran berjalan dengan lancar. Kekangan ketiga, penggunaan aplikasi dimdim itu sendiri adalah antara kekangan kami kerana kami kurang terdedah dengan penggunaan aplikasi Dimdim Webinar ini. Boleh dikatakan rata-rata daripada kami pertama kali menggunakan aplikasi Dimdim ini.Kurangnya pengetahuan penggunaan aplikasi ini juga menyebabkan pembelajaran kami tidak berjalan dengan lancar. Contohnya, dalam dimdim kami boleh menaip pada paparan (slide) yang sedang dibincangkan tetapi kami tidak menggunakannya kerana kurang pengetahuan tentang aplikasi ini. Tetapi berkat tunjuk ajar daripada pensyarah, usaha dan minat yang tinggi terhadap pengunaan teknologi ini, maka kami dapat mengatasi masalah ini dengan baik.

Akhir sekali, pada pandangan saya pembelajaran dalam talian sangat bagus dijalankan dan diteruskan untuk masa hadapan bagi peringkat sekolah, Institut Pengajian tinggi, badan-badan kerajaan mahupun swasta agar rakyat Malaysia dapat manfaatkan kecanggihan teknologi masa kini dengan baik.Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada rakan-rakan saya kerana kita telah berjaya menggunakan aplikasi ini dan manfaatkan teknologi yang disediakan dengan baik. Tidak lupa ucapan TERIMA KASIH kepada pensyarah saya iaitu Tn Hj Nazri kerana telah banyak memberi penerangan , membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menjayakan pembelajaran dalam talian.

" PEMBELAJARAN SEPANJANG ZAMAN"

Sekian Terima kasih.

Sunday, August 22, 2010

** :: FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENDIDIKAN ::**

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) memilliki tiga fungsi utama yang digunakan dalam kegiatan pembelajaran, iaitu:-

1. Teknologi berfungsi sebagai alat (tools)
    Digunakan sebagai alat bantu bagi pengguna (pelajar) untuk membantu pembelajaran

2.Teknologi berfungsi sebagai ilmu pengetahuan
Dalam hal ini teknologi sebagai sebahagian dari disiplin ilmu yang harus dikuasai oleh pelajar. Misalnya teknologi komputer dipelajari oleh beberapa jurusan di perguruan tinggi seperti informatika, informasi, ilmu komputer dan sebagainya.

3. Teknologi berfungsi sebagai bahan dan alat bantu untuk pembelajaran (BBM)
Teknologi adalah sebagai bahan pembelajaran sekaligus sebagai alat bantu untuk menguasai sebuah pembelajaran berbantuan komputer. Dalam hal ini komputer telah diprogram sehingga pelajar dibimbing secara bertahap dengan menggunakan prinsip pembelajaran untuk menguasai pembelajaran. dalam hal ini posisi teknologi sebagai guru yang berfungsi sebagai : fasilitator, motivator, transmiter, dan evaluator.

Peranan dan fungsi teknologi informasi dalam konteks yang lebih luas, iaitu dalam pengurusan dunia pendidikan, berdasarkan pembelajaran tentang tujuan pemanfaatan IT di dunia pendidikan menemukan beberapa tujuan pemanfaatan IT, iaitu memperbaiki kedudukan komoetitif, meningkatkan jenama, meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran, meningkatkan kepuasan pelajar didalam pembelajaran, meningkatkan pendapatan dan sebagainya.

** :: FAKTOR-FAKTOR PENDUKUNG IT DALAM PENDIDIKAN ::**

Teknologi maklumat yang merupakan asas bahan dari e-learning itu sendiri berperanan dalam mencipta perkhidmatan yang cepat, tepat, teratur, akuntabel dan terpecaya.Dalam rangka mencapai tujuan tersebut maka ada beberapa faktor yang mempengaruhi teknologi maklumat iaitu Infrastruktur, Sumber Daya Manusia, Kebajikan, Kewangan dan Kandungan dan Aplikasi (Soekartawi,2003)

INFRASTRUKTUR
Maksud dari faktor diatas adalah agar teknologi maklumat dapat berkembang dengan pesat, pertama diperlukan infrastruktur yang membolehkan akses maklumat di mana-mana dengan kelajuan yang mencukupi.


SUMBER DASAR MANUSIA
Menuntut ketersediaan pemikiran manusia (human brain) yang menguasai teknologi tinggi.


KEBAJIKAN
Menuntut adanya dasar berskala makro dan mikro yang berpihak pada pengembangan teknologi maklumat jangka panjang.


KEWANGAN
Memerlukan adanya sikap positif dari bank dan institusi kewangan lain untuk menyokong industri teknologi maklumat.


KANDUNGAN DAN APLIKASI
Menuntut adanya maklumat yang sampai pada orang,tempat, dan waktu yang tepat serta ketersediaan aplikasi untuk menyampaikan kandungan tersebut dengan selesa pada penggunanya 

Perkembangan Teknologi Maklumat memacu suatu cara baru dalam kehidupan, dari kehidupan dimulai sampai dengan berakhir, kehidupan seperti ini dikenal dengan e-kehidupan (e-life), ertinya kehidupan ini sudah dipengaruhi oleh berbagai keperluan secara elektronik. Dan sekarang ini sedang semarak dengan berbagai huruf yang bermula dengan awalan e seperti e-dagang, e-goverment, e-education, e-library, e-journal, e-medicine dan yang lainnya lagi yang berpusat elektronik (Mason R. 1994) 

Bishop G. (1989) meramalkan bahawa pendidikan masa datang akan bersifat bebas (flexible), terbuka dan boleh diakses oleh sesiapapun juga yang memerlukan tanpa pandang faktor jenis,usia, mahupun pengalaman pendidikan sebelumnya. Mason R (1994) berpendapat bahawa pendidikan seterusnya akan lebih maklumat interaktif.

Monday, August 9, 2010

**:: Education 3.0 ::**

Salam sejahtera, pada kali ini saya ingin berkongsi cerita saya mengenai pendidikan 3.0 (education 3.0) yang telah dibincangkan bersama-sama dengan pensyarah dan rakan-rakan pengajian saya baru-baru ini. Sebelum saya menceritakan tentang education 3.0 dengan lebih lanjut, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai perubahan pendidikan daripada education 1.0 kepada education 3.0

Pada tahun 1990 : Education 1.0
- Pengajaran hanya sehala
- Pelajar mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh para pengajar
- Teknologi :
-- hanya boleh melayari dalam web
-- hanya programmerr atau designer mencipta info untuk web

Hari ini : Education 2.0
- Dua hala pengajaran dan pembelajaran
- Peningkatan interaksi/komunikasi sosial
- Teknologi :
-- dapat berkomunikasi di web dan memasukkan maklumat di dalam web
-- banyak halaman untuk ditujui ke blog untuk teks, flickr untuk foto, video untuk You
Tube, Myspace dan facebook untuk hantar maklumat
-- boleh mendapatkan maklumat dengan cepat
-- memulakan dengan mencari maklumat di web

Besok : Education 3.0
- Penciptaan pengetahuan collaboratif
- Pengajar sebagai fasilitator
- Teknologi :
-- sesiapa pun boleh mencipta maklumat atau menjadi editor
-- penggunaan "drag and drop" di dalam aplikasi
-- pendidikan menggunakan rangkaian sosial

Dari segi aktiviti pengajaran, education 3.0 lebih terbuka, fleksibel membolehkan pelajar belajar untuk mencipta pengetahuan untuk dibagi di antara rakan-rakan di seluruh dunia. manakala dari segi tingkah lagi pelajar pula, pelajar akan aktif, terasa kuat dalam pendidikan sendiri dan mencari bahan pengetahun dengan sendiri. Education 3.0 lebih kepada virtual dan melibatkan aplikasi web-based.

Monday, August 2, 2010

** :: JARINGAN SOSIAL :: **

Dengan hanya membaca perkataan jaringan sosial, saya pasti ramai yang sudah tahu secara ringkas makna jaringan social.

Pada pandangan saya, jaringan sosial boleh dikatakan satu rangkaian perhubungan yang boleh dikaitkan dengan pelbagai golongan.

Jaringan sosial pada masa kini amat penting kerana orang yang memiliki jaringan sosial mempunyai kepentingan bersama untuk berkomunikasi satu sama lain. Jaringan sosial bukan hanya melibatkan individu sahaja tetapi juga melibatkan sekumpulan komuniti dan organisasi. Jaringan sosial juga boleh didapati di sekolah dan tempat kerja. Jaringan sosial yang sangat popular pada masa kini adalah jaringan sosial yang melibatkan internet.

Didalam jaringan sosial berinternet, kital boleh berbicara pelbagai cerita atau hal lainnya dan kita juga dapat melihat profil anggota lain yang tergabung dalam jaringan sosial tersebut. Itu dapat berupa agama, politik, kegemaran dan lain-lain. Jaringan sosial juga kita boleh gunakan untuk menambah kenalan baru.

Antara jaringan sosial melalui internet yang popular ialah facebook, twitter, myspace, friendster, msn dan lain-lain lagi.

Penggunaan jaringan sosial (social network) pada masa kini amat berkembang dengan pantas. Pelbagai kegunaan yang boleh didapati melalui jaringan sosial ini. Antara yang paling kerap digunakan adalah konsep berkomunikasi.